I made this widget at MyFlashFetish.com.

Custom Search

Ahad, 25 Januari 2009

Warga Sekolah - Guru-Guru

Cikgu Norbaini Binti Hj Abdullah (Guru Besar)
Cikgu Norbaizura Binti Andy
Cikgu Md Adi Yusri Bin Hj Yahya
Cikgu Mark Yapp
Cikgu Hjh Satinah Binti Hj Ahmad
Cikgu Masnah Binti Matnasir
Cikgu Faeza Binti Md Idrus
Cikgu Md Roni Bin Hj Jumat dan Cikgu Rasidi Bin Hj Saidin
Cikgu Peregrine Geraldino Woo Yaw Hui

Gambar lain belum lagi hehehe

Galeri 2008

Kejayaan dalam pertandingan chess senegara 2008 dengn wakil sekolah Md Izharuddin Bin Md Kadir mendapat tempat ketiga dan dua orang murid lagi mendapat top 15 terbaik iaitu Nur Amal Yaserah Binti Awg Yahya dan Aminuddin Bin Kassim. Tahniah kepada Cikgu Md Adi Yusri sebagai jurulatih chess sekolah.


Kejayaan dalam acara Rentas Desa 2008 dalam acara berpasukan lelaki dan perempuan mendapat top 6 pasukan terbaik. Md Noredry Effendi Bin Md Sufian mendapat tempat ketiga perseorangan lelaki dan Siti Aida Faridah Bin Hj Sufri mendapat tempat kelima perseorangan perempuan. Sekolah ini juga telah menjadi tuan rumah acara tersebut. Tahniah dan terima kasih kepada semua yang terlibat.

Gambar murid semasa penyampaian hadiah penutup hari sekolah.

Gambar murid selepas latihan rentas desa 2008


Sekapur Sirih


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
&
Salam Sejahtera
Terlebih dahulu saya memanjatkan kesyukuran ke hadrat Illahi kerana dengan rahmat dan kurniaNya jua saya diberi kesempatan menyampaikan kata alu-aluan dalam laman web ini.
Terima kasih dan syabas kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menghasilkan laman web Sekolah Rendah Bendahara Lama ini.
Usaha, kemahiran, kerjasama dan tanggungjawab serta komitmen yang cemerlang semua yang terlibat memastikan kesempurnaan laman web ini.
Di harap laman web ini dapat memberi gambaran jelas Sekolah Rendah Bendahara Lama dari pelbagai sudut dan aspek. Malah menyampaikan segala maklumat perkembangan dan aktivitinya terkini supaya dapat dimanfaatkan oleh kita semua. Sewajarlah laman web ini dapat dikemaskinikan dari masa ke semasa.
Menerusi laman web ini kita berpeluang memperolehisebanyak mungkin maklumat dan berkongsi pengalaman dan idea bagi kebaikan bersama. Saya berharap laman web ini dapat memberi banyak faedah kepada sesiapa jua, Insyallah.
Akhirkata, sekali lagi saya mengucapkan setinggi penghargaan dan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua yang terlibat semoga usaha murni awda mendapat berkat dan keredhaan Illahi. Tidak lupa juga kepada yang melayari laman web ini saya mengucapkan selamat datang dan terima kasih.
Guru Besar
Cikgu Norbaini Binti Haji Abdullah