I made this widget at MyFlashFetish.com.

Custom Search

Ahad, 25 Januari 2009

Sekapur Sirih


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
&
Salam Sejahtera
Terlebih dahulu saya memanjatkan kesyukuran ke hadrat Illahi kerana dengan rahmat dan kurniaNya jua saya diberi kesempatan menyampaikan kata alu-aluan dalam laman web ini.
Terima kasih dan syabas kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menghasilkan laman web Sekolah Rendah Bendahara Lama ini.
Usaha, kemahiran, kerjasama dan tanggungjawab serta komitmen yang cemerlang semua yang terlibat memastikan kesempurnaan laman web ini.
Di harap laman web ini dapat memberi gambaran jelas Sekolah Rendah Bendahara Lama dari pelbagai sudut dan aspek. Malah menyampaikan segala maklumat perkembangan dan aktivitinya terkini supaya dapat dimanfaatkan oleh kita semua. Sewajarlah laman web ini dapat dikemaskinikan dari masa ke semasa.
Menerusi laman web ini kita berpeluang memperolehisebanyak mungkin maklumat dan berkongsi pengalaman dan idea bagi kebaikan bersama. Saya berharap laman web ini dapat memberi banyak faedah kepada sesiapa jua, Insyallah.
Akhirkata, sekali lagi saya mengucapkan setinggi penghargaan dan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua yang terlibat semoga usaha murni awda mendapat berkat dan keredhaan Illahi. Tidak lupa juga kepada yang melayari laman web ini saya mengucapkan selamat datang dan terima kasih.
Guru Besar
Cikgu Norbaini Binti Haji Abdullah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan