I made this widget at MyFlashFetish.com.

Custom Search

Ahad, 17 Mei 2009

SELAMAT HARI JADI CIKGU NORBAINI



Selamat Hari Jadi Kepada Guru Besar SRBL Cikgu Norbaini Binti Haji Abdullah ke-46 pada 17hb Mei 2009.


Semoga Panjang Umur Dan Di Murahkan Rezeki Selalu Di Samping Keluarga Tersayang. Amin...
Dari: Warga SRBL


Rabu, 13 Mei 2009

SCHOOL IMPROVEMENT PARTNERSHIP (SIP ZON 1)

6Hb Mei 2009 (Rabu) - Perjumpaan bagi guru-guru yang mengajar matapelajaran Tahun 1 dan Tahun 4 telah diadakan bertempat di Sekolah Rendah Pusar Ulak, Brunei I. Sekolah-sekolah yang terlibat di dalam SIP Zon 1 ialah SR.Bendahara Lama, SR.Pusar Ulak, SR.Dato Godam dan SR.Hj Tarif.



Perkara yang dibincangkan antara lain ialah melantik ahli-ahli jawatankuasa Tahun 1 dan Tahun 4 SIP Zon 1. Guru-guru juga membincangkan mengenai program 'numeracy', 'early intervention program' dan 'assessment'.











SHA, SRBL

Jumaat, 1 Mei 2009

BENGKEL MEMBUAT BLOG




28Hb & 29 April 2009 - Bengkel membuat blog (web page) telah diadakan selama 2 hari bertempat di Sekolah Rendah Raja Isteri Fatimah, Brunei 1. Bengkel tersebut telah dikendalikan oleh Cikgu Rasidi dan Cikgu Adi Yusri dari Sekolah Rendah Bendahara Lama Brunei 1. Kira-kira 15 orang guru dari beberapa buah sekolah kawasan Brunei 1 telah menghadiri bengkel tersebut dan telahpun mempunyai blog masing-masing. Dengan adanya blog ini, diharapkan guru-guru akan dapat berkongsi idea, pengetahuan dan apa saja termasuk pengalaman yang dapat dikongsikan bersama bagi meningkatkan kualiti pengajaran. Syabas diucapkan atas usaha yang telah dijalankan.

SHA, SRBL