
.jpg)
.jpg)
28Hb & 29 April 2009 - Bengkel membuat blog (web page) telah diadakan selama 2 hari bertempat di Sekolah Rendah Raja Isteri Fatimah, Brunei 1. Bengkel tersebut telah dikendalikan oleh Cikgu Rasidi dan Cikgu Adi Yusri dari Sekolah Rendah Bendahara Lama Brunei 1. Kira-kira 15 orang guru dari beberapa buah sekolah kawasan Brunei 1 telah menghadiri bengkel tersebut dan telahpun mempunyai blog masing-masing. Dengan adanya blog ini, diharapkan guru-guru akan dapat berkongsi idea, pengetahuan dan apa saja termasuk pengalaman yang dapat dikongsikan bersama bagi meningkatkan kualiti pengajaran. Syabas diucapkan atas usaha yang telah dijalankan.
SHA, SRBL
Tiada ulasan:
Catat Ulasan