I made this widget at MyFlashFetish.com.

Custom Search

Isnin, 16 November 2009

SYABAS! SRBL

Satu majlis doa selamat/kesyukuran telah diadakan di SRBL atas kejayaan sekolah meningkatkan peratus lulus PSR 2009 iaitu 93%. Acara dimulakan dengan bacaan surah Al Fatihah beramai-ramai yang diketuai oleh Ustaz Md roni dan diikuti dengan bacaan doa selamat. Seterusnya ucapan ringkas oleh Guru Besar dan guru-guru mata pelajaran Tahun 6. Dalam majlis tersebut, Guru Besar juga berkesudian menyampaikan sedikit hadiah penghargaan kepada beberapa orang murid Tahun 6 atas usaha gigih mereka.




Syabas dan Tahniah kepada murid-murid Tahun 6 kerana berjaya mengharumkan nama sekolah pada tahun ini. Terima kasih yang tidak terhingga kepada Guru Besar kerana sentiasa memberikan kata-kata semangat kepada guru-guru Tahun 6 dan turut serta dalam program pengukuhan dan remedial bagi murid-murid Tahun 6.

Tahniah juga diucapkan kepada guru-guru Tahun 6 (Cikgu Suriati - Mathematics & Science, Cikgu Norbaizura - Mathematics & English, Cikgu Hjh Satinah & C. Adi Yusri - B. Melayu dan C. Zulhilmi - General Paper) dan guru-guru SRBL yang memberikan sokongan dan kerjasama dalam program anak angkat dan program sokongan dan pengukuhan.

Kerjasama dan sokongan semua warga sekolah diharap akan dapat diteruskan lagi bagi meningkatkan 'Quantity & Quality' keputusan PSR Tahun 2010.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan