Lagu yang didendangkan berkisar mengenai SPN21 telah menghibur hati sekalian yang hadir. Acara Sekubit Imbas Warisan Budaya ini diadakan setiap tahun sempena sambutan Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam. Pada tahun ini acara berkenaan telah diadakan Sekolah Vokasional Nakhoda Ragam Km13 Jalan Lebuhraya Muara-Tutong.
Tahun ini merupakan tahun yang istimewa kerana tahun ini negara Brunei Darussalam menyambut Hari Kebangsaan yang ke 25 (Jubli Perak). Bertepatan dengan itu, JAPSER Brunei II selaku tuan rumah telah mempersembahkan tarian 'temarok' dan 'aduk-aduk' daripada guru-guru yang berusia 25 tahun dan juga persembahan sajak yang penuh semangat daripada guru-guru yang telah berkhidmat selama 25 tahun pada tahun 2009 ini.




Dipetik dari SR Pusar Ulak
untuk gambar-gambar lain klik disini atau disini
Tiada ulasan:
Catat Ulasan